Book Review: Act Like A Leader, Think Like a Leader

A book can change your life

Memang diakui orang-orang hebat yang saya kenal dari kalangan ahli politik, pemimpin ternama, pemimpin tinggi kerajaan dan alim ulama semuanya cintakan buku. Jarang lah saya jumpa orang hebat, tak rajin baca buku, dan orang yang suka baca buku ini selalunya ada mini library di rumah mereka. Semestinya mereka ini juga mempunyai fast reading skills dan berupaya menterjemahkan bacaan kepada tindakan berserta pemikiran yang kreatif.

IQRA‘ “Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk)”

Titik perubahan (turning point) seseorang itu bagi saya tidak serupa dan tiada skrip kehidupan yang sama bagi setiap manusia. Kadang-kadang jika Allah mengkehendaki sesuatu adalah amat mudah bagi Nya. Pada hari ini, saya ingin menceritakan serba sedikit bacaan pertama yang telah dihadiahkan kepada saya pada tahun 2016 iaitu sebelum saya mengambil keputusan meninggalkan sektor swasta kepada seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Buku ini merupakan pemberian syarikat PLUS kepada saya setelah saya membentangkan hasil daripada pembacaan ini kepada rakan sekerja saya. Ia merupakan kerja khusus kepada saya sebagai salah satu KPI yang perlu dicapai dan boleh dijadikan sebagai justikasi pencapaian hujung tahun. Saya tidak mengatakan ia merupakan buku yang terbaik untuk dibaca oleh semua, bukan untuk promosi malah bukan untuk menunjukkan saya suka baca buku.. 🙂

The only way to become a leader is to start acting like one…..”

Buku yang dikarang oleh Herminia Ibarra ini pada tahun 2015 boleh dijadikan sebagai turning point dan foundation kepada pemikiran seseorang yang biasa seperti saya. Daripada menjadi seorang yang hanya executer (kumpulan pelaksana) masa di sektor swasta kepada seorang yang sentiasa memikirkan planning, auditing, reporting, strategic thinking, problem solving dan improvement. Ia menjentik pemikiran saya untuk berubah kepada yang lebih baik untuk menjadi pemimpin yang lebih baik.

“Redefine your job, diversify your network, leading change

Ini merupakan perkara asas yang diceritakan oleh pengarang. Ia juga merupakan asas kemahiran bagi seorang PTD bagi memudahkan ketika diadalam perkhidmatan nanti. Sememangnya, kekuatan seseorang PTD adalah mempunyai networking yang baik dan juga berupaya mengembangkan network baru. Sebab tu saya amat suka berjumpa orang untuk membincangkan pelbagai perkara (kadang-kadang bukan sebab kerja pun….). Petua nya senang ja, cari titik persamaan sebagai pemula cerita, boleh stalk dulu FB nya untuk mengetahui perkara tersebut. Elakkan dari sikap banned orang tersebut jika ia tidak sehaluan dengan kita. Tambahan, setiap perancanaan baru di dalam organisasi, cuma tempatkan diri anda di dalam perkara tersebut agar anda boleh menyumbang sesuatu, difikirkan penting dan pendapat anda dikira sebagai salah satu keperluan.

“Network and Competency Trap”

Perkara ini turut diceritakan di dalam buku ini. Setelah berkhidmat lebih 8 tahun, saya merasakan amat mudah dalam melakukan semua perkara kerana mempunyai network dan kemahiran sedia ada yang mencukupi bagi menjalankan tugas. Boleh juga dikatakan complacent dan take for granted la. Ia juga berlaku di dalam sektor kerajaan di mana ia boleh terjadi jika kita sudah berkhidmat di Jabatan dan jawatan tersebut terlalu lama. Sebab tu saya lebih suka ditukarkan setiap 4 tahun (maksimum) dan sekarang tengah mempertimbangkan hasrat untuk mencuba perkara yang baru. (boring lah stay di Kementerian yang sama…… bila nak tukar ni…)

“Chameleons and True-to-Selfers”

Identiti chameleons yang bertukar warna mengikut keadaan ini kadang-kadang diperlukan bagi menggerakkan sesuatu perancangan dengan cepat. Berupaya menyelami di dalam sesuatu permasalahan akan memudahkan membuat keputusan. Skill ni juga berupaya menjadikan komunikasi antara dua orang lebih mudah. Imitated (meniru) gaya seseorang berupaya menjadikan rakan perbualan kita ini selesa untuk kita drill lagi maklumat. Namun, kadang-kadang kita juga kena memberitahu pendapat dan pandangan kita terhadap sesuatu atau expectation kita terhadap sesuatu – true to selfers. Buku ini ada la cerita sedikit perihal Barack Obama, kira hebat la dia tu leh jadi Presiden US.

“Act Now”

Last sekali, baca sahaja pun tak guna juga. Mengaplikasikan apa yang dibaca, menterjemah dalam bentuk tindakan itu amatlah penting. Ramai boleh bercakap, adakah mereka berupaya lakukannya.

Banyak benda lagi dia tulis dalam buku ini. Saya amik yang point-point yang saya ingat sahaja. Bye.

Wallahua’lam.

Leave a comment