chat Sang Perantau Sudah Pulang

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah. Allah adalah sebaik baik perancang. Ketika saya menulis post ini, genaplah tiga (3) bulan saya ditukarkan ke KPDNHEP Negeri Perlis setelah lebih dua (2) tahun setengah di Ibu Pejabat KPDNHEP. Dua (2) tahun disana boleh dikatakan sebagai learning ground saya sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD M41) di mana ia banyak memberikan pengalaman yang amat luas dan networking yang amat luar biasa. Bersyukur amat sangat apabila dikurniakan bosses yang amat baik dan tak kurang juga bertemu juga bosses yang amat “pelik” dan tidak lah sampai tahap menjengkelkan lagi.

Tiada yang sempurna di tempat kerja

Tak ingat daripada sumber mana, tapi lebih kurang camni “Kadang-kadang boss baik, tapi gaji pula sikit… ada yang gaji banyak, tak tahan dengan boss pula.. ada yang boss fussy, gaji pula sikit, ni worse case lah… ” apa yang ingin saya tekankan adalah pandailah membawa diri sendiri dalam menghadapi “rezeki” yang kita hadap..

Apa tanggungjawab aku di tempat lama?

Kenapa saya tak pernah update apa yang saya lakukan masa di Bahagian tersebut? Jawapannya adalah post tersebut amat sensitif dan dikhuatiri juga akan menimbulkan tanggapan yang negatif. Skop kerja saya dulu melibatkan industri oil and gas hiliran, huluan dan licensing . So, saya merasakan lebih baik diam sahaja daripada expose tanggungjawab kita di alam semesta maya. Lagipun, saya bukannya artist atau instafamous.. huhu

Last event – Asia Oil & Gas Conference

Apa skill yang perlu sebenarnya untuk survive?

Pengarah Bahagian dan juga KPPK saya..

Berdasarkan 2 tahun setengah sebagai PTD, saya berpendapat skill penulisan surat, networking, mampu memberikan taklimat, berani untuk kehadapan, negotiation skill, profesional dalam membuat keputusan, decision making yang tepat, able to manage and develop anak buah, cepat dan cekap dalam menghasilkan sebarang kertas kerja yang diperlukan pada masa singkat… (sebab boss semua nak cepat….) huhu.. ni tips untuk bakal2 PTD kot.

Build and expand networking anda…

Percayalah, networking anda ini akan memudahkan kerja anda. Setelah di tempat baharu, saya masih meminta bantuan networking saya yang rapat bagi menyelesaikan masalah ditempat baharu. Isu yang berbulan-bulan outstanding dapat diselesaikan dalam masa seminggu sahaja.

Terharu dengan sambutan farewell kawan-kawan

Penangguhan satu bulan seperti yang dipersetujui Ketua Setiausaha memberikan masa kepada saya untuk celebrate dengan semua pihak. Boleh dikatakan satu bulan tersebut merupakan bulan makan negara. Terima kasih.. banyak hadiah dan macam dah nak pencen sambutannya..

The Flamboyant…

Orang yang baik akan terus dikenang…

Saya pasti akan mendoakan semua pihak yang banyak mendidik saya, membantu saya, berjasa dan kadang-kadang boleh dikatakan bukan sekadar atas urusan kerja..

Terharu dengan sambutan semua…

Sudah tiba masanya

Sudah tiba masanya saya fokus kembali kepada keluarga saya.. ibu yang meningkat tua, isteri yang setia, anak-anak yang mengharapkan belaian sang ayahnya yang tamat merantau.

Last word..

Pemimpin datang dan pergi.. yang tinggal jasa dan kenangan. Semoga kerja yang telah dilakukan dapat menjadi amal yang baik dan dikira di akhirat nanti.

Leave a comment