Program Tautan Kasih

Rasanya program ini merupakan yang terakhir sebelum minggu sintesis. Program ini diketuai oleh En. Morgan yang objektifnya sebagai khidmat masyarakat dan dalam masa yang sama membentuk nilai murni dan jati diri kadet ptd. Walaupun tak dapat balik ke Kedah, saya rasa bertuah dapat ke program ini. 

Berikut aturcara program tersebut.

Kepada rakan2 yg mengikuti *Program Tautan Kasih* hari esok, berikut merupakan atur caranya:
*0600*: Sarapan di INTAN
*0715: Berkumpul di Kiara Point*

0730: Tayar bergolek ke Rumah Warga Emas Seri Kenangan (Cheras)

0800: Ketibaan kadet

0815: ‘Ice Breaking’ 

0830: Aktiviti 

1000: Minum pagi

1030: Aktiviti

1200: Makan t’hari (Warga Emas)

1230: Makan t’hari (kadet)

1330: Majlis Penutup

1430: Bertolak ke INTAN

 Jangan ditanya kenapa ibu ibu dan bapa bapa ini berada disini… Tanyalah pada dirimu, apa yang kita buat untuk membalas jasa ibu bapa kita…

Sedih melihat ini dan bapa disini. Teringat kepada arwah ayah dan ibu dirumah. Infra dan fasiliti disini amat baik dan selesa. Betapa cemerlangnya kerajaan menjaga kebajikan rakyat.

Pengarah program, En. Morgan – Prota

Seperti biasa, saya ditugaskan sebagai technical team yang diketuai oleh Pn. Najihah. 

Yang bestnya, semua peserta akan membawa ‘ibu dan ayah masingmasing‘ ke semua aktiviti yang diaturkan. 


Teringat lagu A.I.A – Baji.. Tepat dengan tema program hari ini. Enjoy ya short video ni.

Lirik lagu Ayah, Ibu, Anak (A.I.A) – Baji

Janganlah engkau menangis lagi

Yakinkan amal ibu di sisi
Wahai insan seluruh raga
Hadirmu membawa seribu warna

( 2 )
Kini kau lupakan ibu
Lupakan juga ayahmu
Mengapa kau begitu
Setelah sinar kau ketemu

( 3 )
Tidakkah kau kasihan
Ibumu sendirian
Di sini bukan syurga
Patut kau campakkan

Ayah, ayah jerit kecilmu
Setia bersila di bendul pintumu
Tangis tawa bukanlah duka
Jadi ingatan mengusik jiwa

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s